Kali ini kita nak cerita sikit perihal
kelakuan manusia yang pelbagai ni. Biar jadi teladan kepada kita. Ambil yang jernih,
buang yang keruh bak kata pepatah lama.
Nak bercerita tentang perangai segelintir
dari kita yang suka benar nak berdengki dengan orang lain. Dari zaman kecik
kecik dulu sampai la menginjak usia dewasa, dah jadi emak orang pun, masih juga
dengan perangai tu.
Memang kita hairan benar dengan golongan
ni. Hidup sendiri dah kira cukup baik, tak payah la sampai nak jatuhkan orang
lain pulak. Kalau zaman sekolah dulu, kita anggap mereka ni tidak matang dan
berperangai kebudak budakkan, takkan sekarang dah bergelar mak orang pun masih
juga tak tahu nak pilih mana yang baik dan tidak. Tak pernah bersyukur dengan
apa yang sendiri ada, terus terusan pulak nak cari hal dengan teman teman yang
lain. Ke hulu ke hilir bercerita keburukkan orang lain, menjaja perihal teman
teman yang tak tahu menahu pun tentang apa yang diaorang dok umpat tu.
Siap ada group fb sendiri agar orang lain
tak nampak apa yang diaorang umpatkan. Aik?!! Pandai pulak diaorang takut orang
tahu tentang kehitaman hati diaorang. Kalau bercakap atau berkongsi yang baik
baik, tak apa la jugak. Ni tak ada kerja lain, sentiasa tak puas hati dengan
orang lain, sampai tahap menghina pun ada. Kita rasalah, orang macam ni,
patutnya ada agamalah. Sekurangnya bila dah ada pegangan tu, tak lah berbuat
dosa sentiasa.
Yang lucunya bagi kita, diaorang ni selalu
ingat diaorang je yang betul. Bila ada teman teman yang menyokong status
diaorang kat fb yang menyindir nyindir orang tu, mulalah naik lemak diaorang
ni. Kalau bab marah orang kat fb, menyindir sesama sendiri memang diaorang ni
boleh diberikan pingat. Yang diaorang lupa, nak mencerminkan perangai diri
sendiri. Bagi kita lah, cantik mana pun profile picture kat facebook tu kalau
dah perangai macam ni, memang tampaklah kehodohan diaorang ni. Bahkan kadang
kala bila disemak kat info sana, kerja diaorang pun bukan sembarangan, ada
kelulusan tinggi pulak tu. Tapi apa yang menyebabkan perangai diaorang
senegatif ini?
Segalanya disebabkan mereka ni tidak tahu
hendak bersyukur dengan apa yang ada. Sentiasa tak puas hati dengan kebaikan
yang diperolehi oleh orang lain. Bagi kita lah, lebih baik kalau mereka ni
renungkan diri sendiri, cuba belajar benda lain dalam kehidupan ni. Tidak rugi
pun kalau kita merendah diri dan berbuat baik dengan orang sekeliling. Dapat
pahala adalah…
Kadang kadang memang geram dengan perangai
mereka ni. Umur dah besar panjang masih beperangai kebudak budakkan. Malas
jugak nak layan kebanyakan masa tapi bila dengar cerita tentang perlakuan
diaorang ni, memang sakit hati. Sakit hati sebab perangai buruk tak berubah.
Cubalah berdoa, bersyukur dengan apa yang ada, merendah diri di depan Tuhan.
Mudah mudahan adalah jugak keberkatan. Jangan asyik nak perli orang lain. Orang
tak ganggu kita pun, buat apa nak sakitkan hati orang. Nak berkawan biarlah
dengan hati yang ikhlas.
Mungkin sebab tu jugak lah, kita tak banyak
kawan rapat sejak zaman sekolah. Malas nak layan kerenah ‘budak budak’ manusia
yang sebegini. Lebih baik kita tumpukan perhatian dan tenaga untuk benda benda
yang berfaedah seperti berusaha untuk meningkatkan kemajuan diri dan juga buat
perniagaan sambilan secara kecil kecilan. Sekurang kurangnya, terisi jugak masa
dengan aktiviti yang berfaedah.
Beringatlah, di dunia ni kedudukan kita
sama, yang membezakan kita adalah amalan kita. Yang dikira adalah amalan baik
kita. Jernihkanlah hati tu, fikir lah benda yang elok elok supaya tak berhasad
dengki sesama kita.
Sekarang ni kita lebih selesa berkawan
dengan mereka yang kita kenal melalui facebook sebab walaupun tidak pernah
bertemu muka, sekurang kurangnya kita saling menghormati sesama sendiri.
Berkongsi pendapat secara jujur. Bagi yang hendak menipu tentang dirinya, itu
tidak ada apa yang kita boleh lakukan, asal tak menganggu gugat sesama sendiri
sudahlah.
Kadang manusia ni memang pelik, orang
bercakap benda yang elok pun ditempelak. Dikatakan talam 2 muka lah, hipokrit
lah…la…apa salahnya dia hipokrit pun, kalau dia cakap benda yang elok elok
untuk dikongsikan bersama? Kalau dia mengutuk orang nanti, dikatakan dia tak
baik pulak. Pernah juga kita komen seorang teman yang selalu kita Nampak statusnya menyindir orang lain je,
mengata orang hipokrit dengan berlagak baik kat dalam facebook.
Apalah salahnya..kalau kat dunia luar dia
tak baik, sekurangnya dia berbuat baik kat tempat lain la pulak. Bukankah itu
baik namanya, takkan la kita nak seronok nampak dia buat benda tak elok je tapi
bila dia berbuat atau berkata sesuatu yang baik kita tak suka pulak? Hairan….
Manusia memang tak pernah gagal dalam
memberikan kejutan kepada kita dengan perangai mereka yang pelik.
Cuma beringatlah, kadang kala mereka yang
kita labelkan sebagai tidak baik atau hipokrit tu, mereka ni mungkin yang lebih
ikhlas dalam perbuatan mereka. Apalah yang nak dikisahkan sangat dengan apa
yang dia katakan kat facebook tu. Kalau dia highlight nama kita, ha…tu dah lain
pulak ceritanya.
Apa pun, gunalah segala kemudahan yang
canggih ni dengan sebaiknya. Tak dapat nak bantu orang, cukuplah dengan
berharap yang baik baik untuk orang lain. Ha..ni nanti cakap macam ni ada pulak
orang mengata kita berpura pura. Tapi dah memang perangai kita macam ni ye,
selalu nak cakap dan fikir benda benda yang elok, sebab bagi kita dengan berbuat
begitu, bertambah keberkatan dalam hidup kita. Lagipun, tak ada faedahnya kita
nak bermusuh dengan sesiapa pun.
Akhir kata, renung renungkanlah bersama,
cermin perangai diri agar tidak menyakiti orang lain. Berfikir terlebih dahulu
sebelum berkata supaya tidak menimbulkan salah anggap terhadap kita.
Salam…..