Baiklah..kata kata seorang teman yang
selalu digunakan untuk menjawab kita bila dia maksudkan dengan “yes Sir!”.
Baiklah..saya nak bercakap pulak tentang
perasaan. Perasaan yang selalu menganggu gugat jiwa, perasaan yang selalu
merunsingkan minda.
CEMBURU…
@
JEALOUSY… kata orang putih…
But is it true, jealousy means love?
Rasanya kalau kita bentangkan pernyataan ini kat depan golongan bijak pandai,
agaknya apa reaksi mereka ye…
Ataupun kita kongsikan dengan rakan rakan
kita yang realitinya jauh lebih ke hadapan mentality mereka dibandingkan dengan
kita di Amerika sana…rasanya saya dapat bayangkan macam mana rupa mereka
mendengar ungkapan tersebut yang tersangatlah popular di kalangan masyarakat
sejagat di Malaysia ni.
Bah..what’s wrong with the phrase then?
Apa yang tidak betulnya pulak?
Hmmm…kalau awak Tanya saya lah…memang
banyak yang tidak betulnya. Mari kita start dengan rangkap pengenalan dulu.
Cemburu – maksudnya perasaan iri terhadap
sesuatu atau seseorang
Yang kita sedia maklum, semenjak dari
sekolah dulu, perasaan iri hati pulak memang tidak baik kan?
Orite…Sayang pulak, maksudnya kasihkan
sesuatu atau seseorang.
So, Nampak tak maksud yang bertentangan di
antara dua perkataan tersebut?
Cemburu = negative
Sayang = positif
Jadi, saya letakkan begini, frasa cemburu
tandanya sayang tu, cuma diertikan baik oleh orang yang cuma hendak mengiyakan
sifat negatif cemburu itu sendiri.
Just to justifying the negative act of
jealousy, so people (in Malaysia particularly) saying that it (jealousy) is a
sign of love.
Too bad..because for me, it is a sign of
control maniac is entering your normal, peaceful life, so, if you see it, run!!
Well, you can stay if you want to be
control. It’s a freedom country boh..:D
Okay, dah habis dah bab pengenalan, kita
masuk pulak ke isi yang pertama.
Kenapa saya tak setuju bila depa cakap
cemburu tu tandanya sayang?
Sebabnya yang pertama, cemburu tu perasaan
yang kemudiannya boleh menyebabkan perlakuan yang menyakitkan hati pasangan.
Sebagai contoh, bila teman lelaki atau si suami yang cemburu, dia tarik muka
masam. Itu kira okay la tu, belum sampai lagi tahap gaban dia. Bila tarik muka
masam, pergaduhan mungkin bermula sebab hati kan dah tak senang. So, bila dah
bergaduh, yang sedihnya nanti si teman wanita atau si isteri sebab si teman
lelaki atau si suami tu tadinya menuduh yang bukan bukan sebab perasaan cemburu
dia. Maka, sakit hati pun timbul di antara kedua dua belah pihak.
Kalau awak sayang orang tu, awak tak akan
nak sakitkan hati atau pun perasaan dia. Itu yang pasti.
Kena pulak jenis yang main bantai bila api
cemburu dah berkobar kobar macam obor kat sukan olimpik tu, haa…kan padahnya
lebih teruk.
Kedua pulak, cemburu ni cuma alatan untuk
seseorang mengawal yang seorang lagi.
Jealousy is just a tool to control someone
else to do what they wanted.
Contohnya la…
Bila si lelaki ni cemburu, dia mula la
letak syarat dengan teman wanita atau si isteri.
“Awak tak boleh ada facebook…”
“Awak tak boleh pakai skirt..”
“Awak tak boleh kerja…”
“Awak tak boleh keluar dengan kawan kawan..”
“Awak tak bolej terima klien ni..”
“Awak tak boleh….”
“Awak tak boleh….”
Dan..
“Awak tak boleh…”
Sedap tak telinga dengar?
Maka, si wanita ni pulak pun ada jugak
cengengnya. Bila dah kemaruk cinta, mula la rabun. Semuanya main angguk je.
Tapi kalau takat tu tak mengapa la pulak. Ada la jugak segelintir yang nak juga
bertahan dengan lelaki jenis ni, kemudian tak pulak dia dapat menurut segala
syarat yang diberikan, maka perlanggaran perintah pun berlaku.
Apa yang terjadi seterusnya pulak..bila
perintah dah dilanggar ikan todak, maka yang ‘si raja’ pun murka la tek….
Masa ni la segala ilmu sepak terajang dia
keluar menonjolkan diri. Tak cukup dengan tu, sumpah seranah dan serpih serpih
herdikan pun dihamburkan bersama. Maka, yang dikatakan orang yang disayang tadi
lah yang menjadi mangsa, kalau pun bukan korban.
Inikah yang kita kata sayang?
Awak sayang bini awak pukul la ya…abis tu,
sebab bini tak pukul awak balik, sebab tu la bini ni dikatakan tak sayang?
Gitu?
Okay, ketiga pulak, kenapa saya tak setuju
bila dikatakan cemburu tu tandanya sayang.
Sebabnya nyata…awak tak yakin dengan diri
awak la. Kalau awak tak confident, semua orang lain awak nampak macam nak
jatuhkan awak. Semua orang lain nampak nak rampas bini atau girlfren awak.
So, yang ni memang bahaya lah jugak sebab
lelaki yang sampai tahap ni memang menyeksakan hidup anda. Bak kata seorang
teman suatu ketika dulu, merimaskan. Sikit sikit dia nak cemburu sebab bagi
dia, semua yang lain adalah lebih baik daripada dia. Apa aktiviti kita nak kasi
report ngan dia. Nak kasi testimonial lagi ngan sapa kita duduk.
Patuh pun ada hadnya. Kalau dikatakan
berdosa sebab tak patuh pada suami, adakah tidak berdosa pula kalau kita cuma
membiarkan jiwa kita binasa? Bukankah kita adalah hamba Tuhan, bukannya hamba
kepada mana mana manusia? Bukankah berdosa menggalakkan perlakuan yang tidak
elok dengan menyerah dan membiarkan perlakuan tersebut berlaku ke atas diri
kita, tanpa melakukan apa apa pun. Bagi saya, menjadi seorang manusia yang
tidak berupaya dan berusaha untuk menjaga diri sendiri pun kedengaran seperti
suatu dosa.
Sebab yang terakhir pulak, sebab tak
percaya dengan kita. Alahai…dunia. Kalau tak percaya dengan si kekasih hati,
buat apa la nak berkasih kasihan dengan dia pulak. Tak ke namanya mencari
padah.
Ada teman yang berkata “trust is to earn..”
Well, beb..how can she earn your trust if
anything or everything she did is just not right for you then?
Not answering your call during her meeting
with her boss, or when she is releasing herself in the washroom, also is a sin,
then why bother to have a girlfriend at all? Maybe try your courtship with a
female alien. Well, I suggest so, thinking that alien might not need to go to
toilet LoL.
Memang la perangai cemburu ni jarang ada
baiknya bagi kita. Kalau yang dah ada anak 2 atau 3 orang macam kita ni, mana
ada masa nak layan perasaan cemburu suami non..oii…balik rumah, urus anak, urus
rumah. Pagi sampai petang pulak duduk ofis, memerah otak yang dah kering kontang
demi sesuap nasi untuk keluarga tercinta.
Mana la ada masa nak layan pasangan yang merajuk
rajuk dek perasaan cemburu ni. Nak fikir tentang berpujuk pujuk pun dah kita
berasa letih. Apalagi nak mempraktikkannya.
Bagi saya, memang ungkapan ni dah tak dapat
diguna pakai di zaman sekarang ni. Tak setuju betul bila sesetengah pihak cuba
nak mengiya atau membenarkan perlakuan mereka yang merampas hak asasi manusia
lain dengan mengongkong atau menghadkan aktiviti dalam hidup orang yang menjadi
mangsa.
Pencabulan hak asasi adalah…menidakkan hak
untuk berasa bebas, di bumi bertuah ni. Menidakkan hak seseorang untuk bergaul
dan bersosial, menidakkan hak seseorang untuk memajukan diri mereka.
So kawan kawan, buka mata, buka hati.
Cemburu bukan tanda sayang. Cemburu tandanya kehidupan anda akan dirampas dari
anda. Ini dunia millennium, tiada siapa yang patut menjadi hamba kepada sesiapa
pun. Masing masing punya hak untuk menjalani kehidupan sendiri asalkan tidak
menyalahi undang undang dan menyakiti orang lain. Tiada siapa yang patut
dipaksa untuk menyayangi kita sekiranya mereka enggan.
Patuh sebagai isteri pun ada hadnya uga.
Janganlah setelah 20 tahun mendapat ‘pingat’ sebagai yang menurut ‘perintah’,
bila anda melihat semula ke belakang, anda menyesal dengan pilihan yang anda
buat untuk bertahan dan mengorbankan hidup anda untuk sesuatu yang tidak
sepatutnya.
Janagan ambil mudah perkara ini kerana,
setelah 20 tahun berlalu, anda mungkin tidak punya peluang lagi untuk memulakan
apa yang anda telah tinggalkan di belakang selama ini.
Sampai ketemu lagi, sayangi dan hargai insan
insan sekeliling anda, praktikan untuk menunjukkan perasaan sayang anda kepada
mereka kerana kita mungkin tidak punya hari esok.
Salam sayang…..
Peace for the world..
** Copyright in images used is owned by the original artist
No comments:
Post a Comment