Thursday, May 3, 2012

Pencemaran Politik





Aduhh…bangga melihat anak anak muda kita sekarang semakin peka dengan permasalahan masyarakat dan Negara. Semakin berani menyuarakan pendapat mereka. TETAPI, sedih dan kecewalah kita sebab dengan mencapai tujuan mereka untuk berjuang tu, telinga dan mata kita sakitlah pulak dengan bahasa bahasa dan tuturkata yang digunakan, baik di dalam laman internet ataupun secara lisan.

Sedih…sebab bukan ini yang kita jangkakan dari generasi muda kita. Memang kita berbangga kalau generasi muda ni dah petah dalam mempertahankan bangsa dan orang orang mereka tetapi haruskah menggunakan cara sebegini? Dengan menyumpah seranah dan berkata kesat?

Di manakah budaya bangsa kita yang terkenal dengan kesopanan baik dari segi perlakuan dan tutur kata. Seandainya mereka ini yang kita harapkan untuk menjadi pengganti dalam pucuk pimpinan negara kita, adakah kita mahu pemimpin yang berbahasa kesat? Yang sepanjang masa menyumpah dan memburukkan peribadi orang lain untuk mencapai tujuan mereka?

Politik memang lah dah kotor, janganlah kita mengotorkan diri kita pulak dengan perangai perangai yang tidak dapat diterima sebegini. Betapa sedihnya ibu bapa kita bila dapat tahu yang kita sebagai anak yang mereka didik semenjak kecil untuk berkata yang baik baik dan menghormati, menjadi sebegini kurang ajar?

Kita memang tidak selesa sudah dengan senario yang semakin hari semakin tenat kita lihat. Muda mudi yang diberikan kebebasan bersuara, menyalahgunakan kebebasan itu dengan berperangai yang tidak sepatutnya.

Menghina peribadi seseorang bukan budaya orang bijak pandai. Tak perlu nak menjatuhkan maruah orang lain dalam mendapat apa yang kita mahu. Masyarakat tidak buta menilai. Dalam kita memperjuangkan apa yang kita percayai, jangan lupa diri kita sebagai seorang manusia yang sepatutnya berpegang teguh dengan kepercayaan kita terhadap dosa dan pahala. Dengan menghormati Tuhan kita, yang kita masing masing percaya. Tiada satu agama pun yang membolehkan pengikutnya untuk berlaku kejam dan tidak bermoral. Semua agama yang kita fahami sedikit sebanyak tentang prinsipnya, menyeru semua manusia untuk berbuat baik sesama manusia. Tiada agama yang membenarkan seseorang itu untuk menghina orang lain disebabkan kepercayaannya.

Apakah yang kita ingin pamerkan dengan berkelakuan biadap dan berbahasa kesat sebegini? Adakah dengan berkelakuan sebegini, kita akan dapat menarik ramai pengikut untuk apa yang kita percaya?

Kepada pemimpin pemimpin dan ahli politik di luar sana, walau sepenting mana pun kedudukan anda di dalam kancah politik ini, janganlah sehingga mengheret anak anak muda kita ke kancah yang kotor dan hina ini. Adakah ini sifat seorang pemimpin dengan menanamkan perasaan benci di kalangan muda mudi yang sepatutnya kita pimpin ke arah yang betul ini?

Terfikir juga kita, sekiranya kita sekarang ditempur, apakah keberanian generasi muda mudi kita untuk bertempur ini sama kuatnya dengan keberanian mereka untuk mengutuk sesama sendiri dalam mempertahankan fahaman politik mereka?

Teringat kata kata seorang bekas tentera zaman komunisme dulu “dulu negara porak peranda, kita berjuang untuk keamanan, sekarang negara dah aman, kita berjuang pulak untuk memporak perandakan negara.” Mungkin ada benarnya kata kata itu.

Mengapa begitu sukar untuk kita bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi? Nak sangat berjuang? Pergi berjuang di Palestin sana. Nak sangat berbakti? Pergi pertahankan nasib anak anak yatim, bela nasib ibu ibu tunggal. Itu pun perjuangan, bahkan perjuangan yang sangat mulia sebab tak payah nak menjerit jerit memburukkan perihal orang lain. Atau berjuang untuk memajukan hidup keluarga sendiri, cari kerja, tolong mak bapak bina rumah, sekolahkan adik adik.




Kita bukan marah diaorang ni ada bakat dalam politik, tidak sama sekali. Bahkan kita bangga sebab mereka punya pendapat mereka sendiri, yang kita tidak suka adalah cara mereka. Tak perlu nak panggil orang lain ‘babi’ kalau bagi diri kita babi tu kotor. Lagi jugak nak mencarut carut kat internet sana.

Apakata kita lihat semua golongan bijak pandai kat dunia luar sana. Pernahkah mereka memanggil orang lain ‘babi’? Pernahkah mereka menghina peribadi orang lain dan memburukkan orang lain? Bahkan perangai sedemikian digambarkan sebagai perangai manusia yang tidak punya pengetahuan, cetek akal. Adakah kita mahu dikenali sebagai generasi yang cetek akal? Kalau ya, adakah sesiapa yang ingin dipimpin oleh pemimpin yang cetek akal?

Memang meletihkan kebelakangan ini dicanangkan dengan perkara perkara yang tidak baik untuk dilihat.

Berpiket, berhimpun untuk menegakkan pendapat, tidak ada salahnya. Kita sendiri menyokong kuat hak kebebasan bersuara, tetapi kalau sehingga tahap menyusahkan dan menimbulkan huru hara, adakah itu yang kita inginkan? Apa baiknya dalam semua tu? Adakah tujuan kita tercapai dengan berlaku ganas dan tidak rasional?

 Entahlah..memang kita hairan. Mengapa kita harus merendahkan diri kita sendiri sehingga sebegitu rupa. Apakah pandangan masyarakat luar apabila dihidangkan dengan berita sedemikian rupa yang berlaku di dalam negara kita?

Masyarakat kita, masyarakat berbudi, tunjukkan itu kepada dunia luar. Biarlah kita dihormati kerana berbisik perkara yang baik daripada kita dikenali kerana ‘bakat’ kita menjerit jerit perkara perkara yang memalukan.

Dan untuk semua ahli politik dan pemimpin di luar sana, please…..janganlah terus terusan merosakkan minda generasi muda kita dengan tamak haloba kalian. Menghina, mencarut dan menyumpah, di manakah kita belajar semua ini.

Apa apa pun, kita amat berharap, biarlah kita bersederhana dalam cara kita. Tidak perlu terlalu taksub dengan kepercayaan kita, sebab kita hidup di antara masyarakat yang pelbagai agama, kaum dan fahaman politik. Berkongsi lebih membawa kebaikan bukannya bertelagah.








~ malas nak mengundi kecewa dengan senario politik negara~

No comments:

Post a Comment