Wednesday, May 2, 2012

Poret Sikit.....:)







Kali ini kita nak cerita sikit perihal kelakuan manusia yang pelbagai ni. Biar jadi teladan kepada kita. Ambil yang jernih, buang yang keruh bak kata pepatah lama.

Nak bercerita tentang perangai segelintir dari kita yang suka benar nak berdengki dengan orang lain. Dari zaman kecik kecik dulu sampai la menginjak usia dewasa, dah jadi emak orang pun, masih juga dengan perangai tu.  
Memang kita hairan benar dengan golongan ni. Hidup sendiri dah kira cukup baik, tak payah la sampai nak jatuhkan orang lain pulak. Kalau zaman sekolah dulu, kita anggap mereka ni tidak matang dan berperangai kebudak budakkan, takkan sekarang dah bergelar mak orang pun masih juga tak tahu nak pilih mana yang baik dan tidak. Tak pernah bersyukur dengan apa yang sendiri ada, terus terusan pulak nak cari hal dengan teman teman yang lain. Ke hulu ke hilir bercerita keburukkan orang lain, menjaja perihal teman teman yang tak tahu menahu pun tentang apa yang diaorang dok umpat tu.

Siap ada group fb sendiri agar orang lain tak nampak apa yang diaorang umpatkan. Aik?!! Pandai pulak diaorang takut orang tahu tentang kehitaman hati diaorang. Kalau bercakap atau berkongsi yang baik baik, tak apa la jugak. Ni tak ada kerja lain, sentiasa tak puas hati dengan orang lain, sampai tahap menghina pun ada. Kita rasalah, orang macam ni, patutnya ada agamalah. Sekurangnya bila dah ada pegangan tu, tak lah berbuat dosa sentiasa.

Yang lucunya bagi kita, diaorang ni selalu ingat diaorang je yang betul. Bila ada teman teman yang menyokong status diaorang kat fb yang menyindir nyindir orang tu, mulalah naik lemak diaorang ni. Kalau bab marah orang kat fb, menyindir sesama sendiri memang diaorang ni boleh diberikan pingat. Yang diaorang lupa, nak mencerminkan perangai diri sendiri. Bagi kita lah, cantik mana pun profile picture kat facebook tu kalau dah perangai macam ni, memang tampaklah kehodohan diaorang ni. Bahkan kadang kala bila disemak kat info sana, kerja diaorang pun bukan sembarangan, ada kelulusan tinggi pulak tu. Tapi apa yang menyebabkan perangai diaorang senegatif ini?

Segalanya disebabkan mereka ni tidak tahu hendak bersyukur dengan apa yang ada. Sentiasa tak puas hati dengan kebaikan yang diperolehi oleh orang lain. Bagi kita lah, lebih baik kalau mereka ni renungkan diri sendiri, cuba belajar benda lain dalam kehidupan ni. Tidak rugi pun kalau kita merendah diri dan berbuat baik dengan orang sekeliling. Dapat pahala adalah…

Kadang kadang memang geram dengan perangai mereka ni. Umur dah besar panjang masih beperangai kebudak budakkan. Malas jugak nak layan kebanyakan masa tapi bila dengar cerita tentang perlakuan diaorang ni, memang sakit hati. Sakit hati sebab perangai buruk tak berubah. Cubalah berdoa, bersyukur dengan apa yang ada, merendah diri di depan Tuhan. Mudah mudahan adalah jugak keberkatan. Jangan asyik nak perli orang lain. Orang tak ganggu kita pun, buat apa nak sakitkan hati orang. Nak berkawan biarlah dengan hati yang ikhlas.

Mungkin sebab tu jugak lah, kita tak banyak kawan rapat sejak zaman sekolah. Malas nak layan kerenah ‘budak budak’ manusia yang sebegini. Lebih baik kita tumpukan perhatian dan tenaga untuk benda benda yang berfaedah seperti berusaha untuk meningkatkan kemajuan diri dan juga buat perniagaan sambilan secara kecil kecilan. Sekurang kurangnya, terisi jugak masa dengan aktiviti yang berfaedah.

Beringatlah, di dunia ni kedudukan kita sama, yang membezakan kita adalah amalan kita. Yang dikira adalah amalan baik kita. Jernihkanlah hati tu, fikir lah benda yang elok elok supaya tak berhasad dengki sesama kita.

Sekarang ni kita lebih selesa berkawan dengan mereka yang kita kenal melalui facebook sebab walaupun tidak pernah bertemu muka, sekurang kurangnya kita saling menghormati sesama sendiri. Berkongsi pendapat secara jujur. Bagi yang hendak menipu tentang dirinya, itu tidak ada apa yang kita boleh lakukan, asal tak menganggu gugat sesama sendiri sudahlah.

Kadang manusia ni memang pelik, orang bercakap benda yang elok pun ditempelak. Dikatakan talam 2 muka lah, hipokrit lah…la…apa salahnya dia hipokrit pun, kalau dia cakap benda yang elok elok untuk dikongsikan bersama? Kalau dia mengutuk orang nanti, dikatakan dia tak baik pulak. Pernah juga kita komen seorang teman yang selalu kita  Nampak statusnya menyindir orang lain je, mengata orang hipokrit dengan berlagak baik kat dalam facebook.








Apalah salahnya..kalau kat dunia luar dia tak baik, sekurangnya dia berbuat baik kat tempat lain la pulak. Bukankah itu baik namanya, takkan la kita nak seronok nampak dia buat benda tak elok je tapi bila dia berbuat atau berkata sesuatu yang baik kita tak suka pulak? Hairan….

Manusia memang tak pernah gagal dalam memberikan kejutan kepada kita dengan perangai mereka yang pelik.

Cuma beringatlah, kadang kala mereka yang kita labelkan sebagai tidak baik atau hipokrit tu, mereka ni mungkin yang lebih ikhlas dalam perbuatan mereka. Apalah yang nak dikisahkan sangat dengan apa yang dia katakan kat facebook tu. Kalau dia highlight nama kita, ha…tu dah lain pulak ceritanya.

Apa pun, gunalah segala kemudahan yang canggih ni dengan sebaiknya. Tak dapat nak bantu orang, cukuplah dengan berharap yang baik baik untuk orang lain. Ha..ni nanti cakap macam ni ada pulak orang mengata kita berpura pura. Tapi dah memang perangai kita macam ni ye, selalu nak cakap dan fikir benda benda yang elok, sebab bagi kita dengan berbuat begitu, bertambah keberkatan dalam hidup kita. Lagipun, tak ada faedahnya kita nak bermusuh dengan sesiapa pun.

Akhir kata, renung renungkanlah bersama, cermin perangai diri agar tidak menyakiti orang lain. Berfikir terlebih dahulu sebelum berkata supaya tidak menimbulkan salah anggap terhadap kita.

Salam…..

 




No comments:

Post a Comment